Monday 28 September 2015

Pertandingan Pakaian Tradisional

  Untuk menyambut Hari Kemerdekaan Tahun 2015 dan menambahkan pengetahuan pelajar terhadap pakaian tradisional di kalangan kaum di Malaysia, Sekolah Notre Dame Convent telah mengadakan Pertandingan Pakaian Tradisional.
  Pelajar-pelajar yang menyertai pertandingan tersebut menukar pakaian tradisional selepas persekolahan. Pertandingan tersebut bermula pada 2.00p.m., peserts-peserta menyertai pertandingan dengan berusaha.

Pertandingan Nyanyian Lagu Patriotik

  Untuk menyambut Hari Kemerdekaan Tahun 2015, Sekolah Notre Dame Convent telah mengadakan Pertandingan Nyanyian Lagu Patriotik, setiap kelas di sekolah kecuali pelajar tingkatan 3 dan tingkatan 5 telah menghantar wakil menyertai pertandingan tersebut.

  Pertandingan tersebut mempunyai dua bahagian, iaitu berkumpulan dan berseorangan. Semua pelajar yang menyertai pertandingan tersebut telah berlatih dengan bersungguh-sungguh untuk pertandingan ini.

Thursday 17 September 2015

Pertandingan Menghiaskan Papan Buletin

  Untuk menyambut Hari Kemerdekaan Tahun 2015, Sekolah Notre Dame Convent telah mengadakan Pertandingan Menghiaskan Papan Buletin, setiap kelas telah menyertai petandingan ini.

  Semua pelajar berusaha menghiaskan papan buletin kelas masing-masing.Tujuan pertandingan diadakan adalah untuk memupuk semangat patriotisme dalam kalangan murid. 

Contoh papan buletin kelas 1P:


Saturday 5 September 2015

Bulan Patriotisme


     Untuk menyambut Hari Kemerdekaan Tahun 2015, Sekolah Notre Dame Convent telah mengadakan beberapa pertandingan dan aktiviti yang berkaitan dengan Bulan Patriotisme tersebut. Antaranya ialah pertandingan menyanyi lagu patriotisme secara berkumpulan dan bersolo.Pertandingan-pertandingan dan aktiviti-aktiviti tersebut dilancarkan untuk memupuk semangat patriotisme dant cinta akan negara dalam kalangan pelajar.

     Selain itu, Dewan Besar Sekolah Notre Dame Convent juga dihiaskan dengan bendera-bendera negeri dan Jalur Gemilang oleh guru dan pelajar- pelajar yang bertugas.